Tuesday, January 18, 2011

Pengenalan Law Fiesta Uitm Kedah

Usaha bagi memantapkan kredibiliti mahasiswa Asasi Undang-undang UiTM Kedah dalam melaksanakan program yang mampu membina ukhwah yang kukuh bukan sahaja dalam kalangan pelajar Asasi Undang-undang malahan mahasiswa-mahasiswa dari kursus lain yang turut sama menuntut di UiTM Kedah. Oleh itu, pihak penganjur telah mengambil inisiatif untuk mendedahkan intipati program ini kepada masyarakat umum bukan sahaja untuk para mahasiswa mahasiswi UiTM Kedah. Law Fiesta juga merupakan satu festival akademik yang dikendalikan sepenuhnya oleh para pelajar asasi undang-undang UiTM Kedah bertujuan untuk merapatkan jurang sesama pelajar asasi undang –undang dan pelajar-pelajar dari kursus yang berlainan terutamanya, demi menyumbang kepada pembangunan generasi warisan bangsa .


Nama fiesta dipilih kerana fiesta itu sendiri dipercayai mampu memikat orang ramai khususnya para pelajar UiTM untuk memeriahkan festival ini. Sehubungan itu penganjuran fiesta ini bertujuan untuk memupuk semangat berkerjasama dalam kalangan pelajar  asasi undang-undang UiTM Kedah.


Law fiesta pada kali ini  buat julung kalinya bertemakan “Beyond Black and White” yang mana tema ini dipilih kerana penganjuran festival ini bertujuan untuk menunjukkan kepada para pelajar UiTM bahawa bidang undang- undang bukan sekadar berdasarkan kertas ,tulisan dan kata-kata. Penganjuran festival ini juga diharap dapat membuka pandangan para pelajar di luar bidang undang-undang bahawa bidang ini bukanlah satu bidang yang serius sepanjang masa .




Itu merupakan pengenalan tentang law fiesta untuk kali ni. Banyak aktiviti yang akan dijalankan seperti futsal, teater dan macam2 lagi. Nak tau lebih lanjut?? Tunggu entri seterusnya......

No comments:

Post a Comment